Johor Bahru: Syarikat Hua Ming Trading Sdn Bhd didenda RM13,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pagi tadi atas kesalahan gagal mengemukakan dokumen dalam tempoh ditetapkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman terhadap syarikat pembinaan itu yang diwakili Chong Yong Soon, 43.

ia selepas mengambil kira hujahan pengurangan hukuman yang dikemukakan tertuduh, selain mengambil kira hujahan oleh pihak pendakwa raya.

Mengikut pertuduhan, syarikat beroperasi di PT Limbong, Jalan Sri Tanjung, Parit Jawa, Muar didapati gagal mematuhi arahan Penolong Pengarah melalui notis dikeluarkan di bawah Seksyen 21 (2) Akta Kawalan Harga.

Bagi pertuduhan itu, syarikat gagal melengkapkan maklumat dan mengemukakan dokumen yang diminta dalam tempoh tiga hari bekerja bermula 27 Mac lalu.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 21 (5) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Jun 2015 @ 1:38 PM