London: Murid di empat sekolah rendah persendirian di London tidak dibenarkan berpuasa ketika Ramadan tanpa kebenaran khas,

Sekolah terbabit menghantar surat bertarikh 10 Jun lalu, kepada ibu bapa mengumumkan murid Islam tidak boleh berpuasa pada hari bersekolah dengan alasan tidak baik kepada mereka berpuasa melebihi 18 jam ketika suhu panas musim panas sekarang yang siangnya lebih panjang.

“Sebelum ini ada kanak-kanak yang sakit dan pengsan atau tidak boleh menyertai sepenuhnya aktiviti kurikulum dalam usaha mereka berpuasa,” kata surat itu.

Pihak sekolah yang menyatakan sudah mengkaji kehendak Islam sebelum membuat keputusan berkata: ”Kami sudah meminta pandangan pihak sewajarnya dan diberitahu menurut Islam, kanak-kanak tidak diwajibkan berpuasa.”

Bagaimanapun, ada penduduk Islam berpendapat pemegang amanah sekolah persendirian itu wajar membiarkan ibu apa yang membuat keputusan.

Selepas mendapat pandangan dan bantahan, pihak sekolah memutuskan ibu bapa yang mahu anak mereka berpuasa supaya berunding dengan pengurusan sekolah. - TIME

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Jun 2015 @ 8:05 PM