X

Seandainya Cik Pang petik nama pelakon ini, pasti ramai geleng kepala. Bukan saja berbakat sebagai pelakon, juga hebat mempermainkan hati lelaki.

Ramai sudah terjerat dengan cinta palsu pelakon ini malah ada yang pernah bertunang dengan-nya.

Nak dijadikan cerita, bekas tunang pelakon ini adalah kawan Cik Pang ketika di bangku sekolah. Bila bertemu banyaklah cerita dikongsi termasuklah perihal pelakon ini.

Luah kawan Cik Pang, dia pernah bertunang dengan pelakon ini selama sebulan tapi ia berkesudahan tanpa sebarang penjelasan.

Lebih sedih, segala persiapan pertunangan disediakan pihaknya baik duit, hantaran hinggalah lokasi. Si pelakon ini hanya bawa badan saja.

Sudah berhabis ribuan ringgit tiba-tiba pelakon ini menghilang-kan diri demi mengejar impian bergelar bintang.

Remuk redam hati teman Cik Pang dan lebih mengecewakan apabila dia dapat tahu tunangnya bercinta dengan pelakon lelaki kacak. Pernah dia cuba menghubungi tunangnya tetapi tidak dipedulikan.

Dia juga pernah minta pelakon ini memulangkan cincin pertu-ngan dan hantaran lain sebagai tanda putus tunang tetapi langsung tiada reaksi. Diam seribu

bahasa seolah-olah perkara itu (pertunangan) tak pernah berlaku.

Nak kata pekak atau tuli, tak juga! Teman Cik Pang terpaksa bersabar dengan kerenah pelakon ini.

Selepas lama dalam industri, timbul pula kisah pelakon ini bercinta dengan aktor lain pula malah ia mendapat liputan luas media.

Nasihat Cik Pang kepada kaum Adam, hati-hati kalau bercinta dengan aktres ini. Pendekatan sama yang diguna pakai pelakon ini iaitu selepas jemu bercinta, dia akan meninggalkan kekasihnya tanpa sebarang alasan dan esok lusa keluar cerita dia sudah ada buah hati baru. Sakit hati, kan?

Walaupun kecewa dengan apa yang berlaku, kawan Cik Pang sudah lama memaafkan pelakon ini. Cuma jauh di sudut hati, dia terkilan kerana ditinggalkan tanpa memutuskan ikatan pertunangan. Patutnya kalau putus tunang kenalah cakap, bukan biarkan tergantung begitu saja. Hebat juga ya penangan 'buaya' versi perempuan ni!

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 November 2014 @ 5:11 AM