Mohd Ridzuan (dua dari kanan) ketika ditanya soalan pengacara konsert amal, malam tadi.
Mohd Ridzuan (dua dari kanan) ketika ditanya soalan pengacara konsert amal, malam tadi.
Erdiehazzuan Ab Wahid

Kota Kinabalu: Malim gunung, Mohd Ridzuan Kauhinin, 25, yang menjadi viral di media sosial diberi penghargaan menjadi anak angkat kepada keluarga murid yang diselamatkan pada kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu 5 Jun lalu.

Menurutnya, ia menjadi satu kenangan terindah kerana berpeluang bertemu semula pendaki dari Sekolah Rendah Tanjong Katong di Singapura Selasa lalu.

"Saya bersyukur apabila dapat bertemu semula murid yang kami selamatkan ketika kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu dan kini berada dalam keadaan sihat seperti biasa.

"Selain itu kami juga terharu apabila keluarga El Wafeeq El Jauzy sudi mengambil kami sebagai anak angkat dan kini kami sudah mempunyai keluarga angkat di Singapura," katanya ketika ditemui pada Konsert Amal di Pusat Kebudayaan Sabah, malam tadi.

Kunjungan ke Singapura itu turut ditemani dua lagi rakan Mohd Ridzuan yang sama-sama menyelamatkan murid dari Singapura itu iaitu Simon Gohinmin dan Mazlee Liong.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Jun 2015 @ 11:53 AM