ADIRA ketika membuat persembahan akustik pada konsert itu. FOTO Mohd Adam Arinin
ADIRA ketika membuat persembahan akustik pada konsert itu. FOTO Mohd Adam Arinin
Erdiehazzuan Ab Wahid


Penampang : "Sebagai anak, sudah tentu saya bimbang keselamatan ibu serta keluarga lain dan saya segera meminta mereka ke Kuala Lumpur tinggal bersama saya untuk sementara waktu sehingga keadaan di kampung kembali normal.

"Saya juga berharap agar keadaan yang berlaku ini akan kembali seperti biasa," kata penyanyi yang juga bekas bintang Akademi Fantasia (AF) musim kelapan, Siti Adira Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Adira.

Menurutnya, walaupun bimbang, Aidilfitri tahun ini akan tetap disambut di kediaman keluarganya di Kundasang secara sederhana.

"Sambutan Aidilfitri tahun ini akan dibuat secara sederhana bersama keluarga di kampung di Kundasang," katanya ketika ditemui pada Konsert Amal 'Remembering Our Hero' di Pusat Kebudayaan Sabah malam semalam.

Katanya, kesederhanaan merayakan Aidilfitri nanti adalah kerana masih berjaga-jaga berikutan kejadian gempa bumi dan banjir lumpur yang berlaku baru-baru ini.

"katanya ketika ditemui pada Konsert Amal 'Remembering Our Hero' di Pusat Kebudayaan Sabah malam tadi.

Caption

ADIRA ketika membuat persembahan akustik pada konsert itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Jun 2015 @ 11:15 PM
Digital NSTP Subscribe