RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian menunjukkan mangsa ditikam mati oleh rakannya

Oleh Shamsul Munir Safini

[email protected]

Seberang Jaya: Seorang lelaki warga asing berusia 25 tahun maut ditikam dengan pisau oleh rakannya di Taman Sembilang, di sini, jam 11.50 malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa dari Vietnam ditikam di dada kiri oleh rakannya selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian mangsa dan beberapa rakannya mabuk sebelum berlaku pergaduhan antara mereka.

Beliau berkata, mangsa ditikam rakannya di dada kiri dengan pisau pemotong sayur sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Polis menahan suspek yang juga rakannya dari Vietnam berusia 35 tahun dan lelaki itu mengaku menikam mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Jun 2015 @ 11:16 AM