MANGSA dibawa turun sebelum dihantar ke Hospital Selayang. FOTO ihsan Bomba
Oleh Siraj Mohd Zaini


Kuala Lumpur: Llaki berusia 30-an cedera di kepala apabila terjatuh di air terjun di Hutan Lipur Kanching, Templer Park, tengah hari tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Selayang, Ramlee Che Junoh berkata, mangsa dalam perjalanan pulang selepas mandi bersama isteri serta rakannya.

Katanya, seramai 13 anggota dari Balai Bomba Bandar Baru Selayang dan Rawang menyertai operasi menyelamat mangsa.

"Mangsa tergelincir dan terjatuh hampir tiga meter selepas mandi di kawasan ini.

"Operasi menyelamat ini turut disertai pasukan paramedik Hospital Selayang dan mangsa berjaya dibawa turun pada 1 petang tadi," katanya.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Selayang untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Jun 2015 @ 4:11 PM