ANTARA suspek yang ditangkap. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Empat lelaki warga Afrika dipercayai sindiket pengedaran dadah ditumpaskan polis dalam dua serbuan di Sungai Buloh dan Bandar Sri Damansara, malam tadi.

Tangkapan dibuat Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman yang merampas tujuh kilogram dadah jenis kokain dan 800 gram syabu.


#kualalumpur Polis menahan lelaki warga Afrika di Bandar Sri Damansara dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah, malam tadi. Hasil serbuan itu serta satu lagi serbuan di Sungai Buloh, empat lelaki warga Afrika ditahan manakala tujuh kilogram kokain dan 800 gram syabu dirampas.Selanjutnya di http://hmtro.com/1ftVV35VIDEO Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Posted by Harian Metro * myMetro on Monday, 22 June 2015

TANGKAPAN suspek di Bandar Sri Damansara. VIDEO Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan kejayaan itu menerusi akaun Twitternya, pada 12.22 malam.

"@KBAB51: Syabas STING @PDRMsia mlm tadi b'jaya t'kap 4 Warga Afrika dan rampas lebih 7 kg Cocaine dn 800 grm Syabu di Sg Buluh dan D'sara. Go PDRM Go," katanya.

Difahamkan, polis pada petang semalam, menahan seorang lelaki di Sungai Buloh dan hasil soal siasat membawa kepada penahanan tiga lagi lelaki bersama dadah yang disimpan di dalam sebuah apartmen lima tingkat di Bandar Sri Damansara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Jun 2015 @ 2:21 AM