KAMPUNG Haji Abas, dekat Bongor, antara beberapa kampung di Baling yang dilanda banjir. FOTO Safuri Kamarudin
Oleh Safuri Kamarudin


Baling: Kira-kira 50 buah rumah di beberapa kampung terutama di tebing sungai dalam daerah ini dinaiki air setinggi antara 0.5 hingga satu meter akibat hujan lebat, malam tadi.

Antara kampung terbabit ialah Kampung Kuala Kuda, Bukit Sebelah, Siput (Mukim Siong); Kampung Banggol Derum, Dusun Raja, Lahar, Nering, Pantai Teh, Haji Abas (Mukim Bongor); Kampung Sungai Batu, Seberang Pekan, Bawah Gunung (Mukim Baling); Kampung Lubuk Pedati dan Tanjung Merbau di Mukim Pulai.

Difahamkan, hujan lebat selama empat jam menyebabkan air Sungai Ketil melimpah kira-kira jam 1.30 pagi tadi ke penempatan penduduk yang tinggal di pinggir sungai berkenaan.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Baling Nazatul Iffah Abdullah, berkata, hujan lebat menyebabkan banjir kilat berlaku dan melanda kira-kira 50 buah rumah penduduk di tebing sungai.

Beliau berkata, kebanyakan mangsa dipindahkan ke tempat yang selamat termasuk rumah jiran dan dewan yang berdekatan.

Ends12

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 November 2014 @ 1:15 PM