DUCATI Scrambler Full Throttle yang dijual RM64,888. FOTO Erywan Norshal
Oleh Erywan Norshal
erywan@hmetro.com.my


Sungai Buloh: Next Bike Sdn Bhd pengedar motosikal Ducati di Malaysia secara rasminya melancarkan empat varian Scrambler Ducati, sebentar tadi.

Empat varian yang ditawarkan membabitkan Icon, Urban Enduro, Full Throttle dan Classic dijual pada harga antara RM57,333 sehingga RM64,888.

Semua varian menggunakan enjin L-Twin bersesaran 800 cc yang menghasilkan 75 kuasa kuda (hp).

Biarpun tampil dengan imej retro, ia dilengkapi dengan teknologi terkini membabitkan dua saluran sistem anti kunci brek (ABS), lampu utama LED dan pengecas USB di bawah tempat duduk.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Jun 2015 @ 11:28 AM