seorang bayi yang mengalami kekeringan air dalam badan dikelilingi anggota keluarganya yang panik di sebuah hospital di Karachi. - Foto AP
seorang bayi yang mengalami kekeringan air dalam badan dikelilingi anggota keluarganya yang panik di sebuah hospital di Karachi. - Foto AP
Orang ramai menyiram air dalam usaha membantu seorang mangsa yang pengsan akibat cuaca panas. - Foto AFP
Orang ramai menyiram air dalam usaha membantu seorang mangsa yang pengsan akibat cuaca panas. - Foto AFP
Orang ramai membeli blok air batu dalam usaha menyejukkan berikutan cuaca panas yang melanda Karachi. - Fotto REUTERS
Orang ramai membeli blok air batu dalam usaha menyejukkan berikutan cuaca panas yang melanda Karachi. - Fotto REUTERS

Karachi: Selepas empat hari gelombang cuaca panas melanda Karachi, jumlah korban akibat fenomena luar biasa itu kini meningkat kepada 780 orang, berbanding hanta 460 orang semalam.

Cuaca panas diburukkan lagi dengan bekalan elektrik di bandar raya berpnduduk 20 juta orang itu, sering terputus yang menjejaskan bekalan air dan pendingin hawa tidak dapat digunakan. Ramai yang mati ialah golongan tua dan penduduk miskin akibat kekeringan air dalam badam.

“Jumlah korban akibat cuaca panas itu kini sudah hampir 800 orang dalam masa empat hari,” kata pegawai kanan badan kebajikan Yayasan Edhi, Anwar Kazmi kepada Reuters.

Badan kebajikan itu yang mempunyai beberapa masjid, menyediakan ambulans, klinik dan rumah mayat bagi membantu penduduk Karachi, bandar raya yang menjadi pusat pasaran saham, perbankan dan pelabuhan terbesar Pakistan.

Penduduk kaya mempunyai enjin janakuasa ketika bekalan elektrik terputus membolehkan pendingin hawa berfungsi sepanjang masa ketika suhu mencecah 44 darjah selsius.

Ramai penduduk berang dengan kecekapan kerajaan berikutan bekalan elektrik sering terputus dan kekurangan kemudahan di hospital kerajaan. - AFP melaporkan ribuan orang dirawat di Hospital Jinnah, kerana demam, kekurangan air dan sakit berkaitan perut manakala rumah mayat sesak. Ramai yang tiba di hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri atau atau terbeliak tanpa tindak balas.

Sebahagian yang menunggu rawatan pengsan di tempat menunggu dan kaki lima hospital dipenuhi meteka yang baring, berkerusi roada dan pesakit atas pengusung.

Semalam, Ketua Menteri wilayah itu, Qaim Ali Shah mengarahkan cuti umum dengan sekolah dan pejabat kerajaan ditutup. Beliau menyalahkan kerajaan Pakistan dengan jumlah kematian yang tinggi itu kerana tidak mempedulikan permintaannya membaiki grid bekalan elektrik

Orang ramai yang marah mengdakan tunjuk perasaan di jalan raya membakar tayar. Ramai yang berusaha mencari air untuk mandi bagi menyejukkan badan sama ada kolam air pancut kerajaan atau paip pecah. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Jun 2015 @ 3:28 PM