MERCEDES AMG GT S. FOTO Syarifah Dayana Syed Bakri
Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri


Sepang: Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan model terbaru dalam siri AMG iaitu Mercedes-AMG GT S.

Model Mercedes-AMG GT S menggabungkan pemanduan dinamik dan prestasi litar lumba kelas pertama namun dalam masa sama praktikal untuk kegunaan harian.

Naib Presiden, Pemasaran dan Jualan Kenderaan Penumpangnya, Mark Raine berkata, model terbaru ini menggabungkan elemen kecantikan kenderaan dan kepintaran teknologi.

"Mercedes-AMG GT S dilengkapi dua enjin turbo 4.0 liter V8.

"Ia mampu mencatatkan kelajuan maksimum 310 kilometer sejam dan tempoh 3.8 saat untuk mencapai kelajuan 100 kilometer sejam," katanya.

Selain model Mercedes-AMG GT S, pihaknya turut memperkenalkan model Mercedes-AMG GT S Edition 1 dengan masing-masing dijual pada harga RM1.15 juta dan RM1.2 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Jun 2015 @ 6:03 PM