KONTRAKTOR sedang melakukan kerja baik pulih paip yang bocor. FOTO ihsan Perbadanan Putrajaya
KONTRAKTOR sedang melakukan kerja baik pulih paip yang bocor. FOTO ihsan Perbadanan Putrajaya
Oleh Hayati Ibrahim


Putrajaya: Sistem penghawa dingin di seluruh pejabat kerajaan di sekitar kawasan Presint 1, di sini,yang terjejas sejak semalam dijangka pulih secara berperingkat mulai tengah hari esok.

Jurucakap Putrajaya Holdings Berhad (PJH) berkata, ketika ini kontraktor yang dilantik Gas District Cooling Sdn Bhd (GDC) sedang giat melakukan kerja baik pulih.

"Apabila kerja membaiki paip bocor siap, kita perlu menunggu air dingin untuk disalurkan ke bangunan yang terjejas dan proses ini juga mengambil masa.

"Jadi kami menjangkakan menjelang tengah hari esok sistem penghawa dingin akan berfungsi namun secara berperingkat," katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Harian Metro melaporkan sistem penghawa dingin di bangunan seluruh kawasan di Kompleks A yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, Kompleks B, C dan D serta sebuah pusat beli-belah dan hotel terganggu akibat kebocoran saluran paip bekalan air dingin berhampiran Loji Pendingin Air di Presint 1, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2015 @ 4:23 PM
Digital NSTP Subscribe