Seramai 700 pelajar Kolej Poly Tech MARA (KPTM) seluruh negara bersama pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong, Perak mengikuti Kem Pengukuhan Integriti dan Forum Anti Rasuah di MRSM Lenggong, baru-baru ini.

Program tiga hari dua malam anjuran bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Sekretariat Pencegahan Rasuah Institusi Pendidikan MARA (SPRIPMa) bertujuan memupuk kesedaran generasi muda supaya menjauhi perbuatan rasuah.

Pelbagai slot diadakan termasuk dialog, forum, ceramah juga pameran anti rasuah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 November 2014 @ 5:01 AM