Super Junior (Suju) kini dalam persiapan menghasilkan album baru. Pun begitu, tarikh rasmi belum diputuskan lagi.

Menariknya, album kali ini akan turut membabitkan Ye­sung. Mereka akan memulakan promosi selepas kemunculan Girls’ Generation.

Kali terakhir Suju mempromosi diri sebagai kumpulan pada Ogos 2014 melalui album penuh ketujuh mereka, Mamacita.

Selepas itu, mereka sibuk dengan aktiviti seni masing-masing termasuk lakonan, persembahan pelbagai serta album solo.

Tahun ini menjadi sambutan ke-10 Suju, lantas ia memberi makna besar buat kumpulan itu.

Suju muncul pada 2005 melalui album sulung, Super Junior 05 dan selepas menghasilkan banyak album hit, kumpulan itu berjaya mengekalkan populariti mereka hingga ke tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Jun 2015 @ 5:06 AM