DUA varian terbaru iaitu KTM 250 Duke dan KTM RC 250. FOTO Erywan Norshal
Oleh Erywan Norshal


Petaling Jaya: Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd, syarikat pemasangan motosikal KTM di Malaysia melancarkan dua varian terbarunya iaitu KTM 250 Duke dan RC 250, hari ini.

Ia melengkapkan lagi keluarga varian Duke dan RC yang sebelum ini ditawarkan dengan enjin berkapasiti 200 serta 390 cc.

Kedua-dua model terbaru itu menggunakan enjin silinder tunggal yang menyalurkan 31.3 kuasa kuda dengan tork setinggi 24 Nm.

Motosikal pemasangan secara tempatan itu dijual pada harga RM17,888 untuk KTM 250 Duke, manakala RM18,888 bagi KTM RC 250.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2015 @ 6:47 PM