JURI selebriti bersama Koh Joo Siang (tengah) dan peserta pertandingan nyanyian Inner Shine.
Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my


Bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia menunjukkan bakat nyanyian demi merebut satu pe­ngalaman menakjubkan serta berpeluang ke sesi rakaman bersama komposer terkenal, Hadi Hassan, produk minuman kesihatan Inner Shine menganjurkan pertandingan nyanyian InnerShine Seri yang dilancarkan pada awal tahun ini.

Pada pertandingan itu, peserta dikehendaki mendendangkan lagu Seri yang dicipta oleh Hadi sebagai lagu tema komersial TV InnerShine, menampilkan Kaka Azraff manakala muzik video InnerShine dibintangi oleh Kaka, Hunny Madu dan Marsha Milan.

Seramai 10 calon berbakat dipilih daripada lebih 120 penyertaan di laman Facebook dan Instagram InnerShine Club dari seluruh negara. Mereka kini bersedia memasuki pusingan akhir yang ditentukan enam hakim termasuk Hadi, Kaka, Hunny dan Marsha serta Naib Presiden dan Pe­ngurus Besar Cerebos Malaysia, Koh Joo Siang dan wakil Watsons Malaysia, Hamilah Maning­rum.

Setiap finalis mempersembahkan lagu Seri dengan cara tersendiri. Pemenang hadiah utama Nor Azriani @ Jona Sony Saimin akan melalui pengalaman istimewa membuat rakaman lagu dengan komposer terkenal, Hadi, di samping membawa pulang wang tunai RM8,000 serta produk InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu.

Pemenang kedua dan ketiga Sunday Grace dan Ariza Aljet masing-masing menerima wang tunai RM3,000 dan RM1,500, di samping membawa pulang produk InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu. Peserta yang lain turut menerima hadiah sagu hati iaitu wang tunai RM500 serta produk InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu setiap seorang.

Pertandingan nyanyian InnerShine Seri diadakan seiring dengan program detoksifikasi secara semula jadi yang turut disertai Kaka, Hunny dan Marsha selama 12 hari untuk mendapatkan paras kesihatan dan seri wajah yang optimum. InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu adalah pati buah-buahan semula jadi yang mujarab serta harus diambil setiap hari untuk menyihatkan badan.

Menurut Kaka, selepas mengikuti program D’TOX selama 12 hari yang menakjubkan itu, dia mengamalkan secara konsisten iaitu minum InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu sebelum tidur. Minuman itu bertindak untuk memulihara sistem badan sambil menyahtoksin untuk meningkatkan kesihatan badan.

“Saya kini berasa amat sihat dan wajah pun bertambah berseri,” ujar Kaka.

Kandungan vitamin C semula jadi daripada buah-buahan prun dan Camu-Camu membekalkan antioksidan yang kuat bagi memerangi radikal bebas demi mengekalkan keanjalan kulit agar kelihatan sentiasa muda dan anggun.

InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu boleh didapati di semua farmasi terkemuka seluruh negara dan dijual dalam dua jenis pek 42 gram x 6 botol (RM23.50) dan 42 gram x 12 botol (RM45).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2015 @ 10:32 AM