AZMAN (dua kanan) menunjukkan rokok seludup yang dirampas. FOTO Luqman Hakim
Oleh Shaiffulazhar Misri

Muar: Polis menahan enam suspek dan merampas rokok kretek seludup bernilai RM179,000 di Kampung Parit Jawa, Muar 30 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, tangkapan adalah susulan intipan selama dua minggu yang dijalankan pihaknya di kawasan berkenaan.

“Polis menahan Toyota Alphard dan Nissan Serena dari arah Parit Jawa ke Muar.

"Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua kenderaan berkenaan bermuatan rokok kretek jenis gudang garam Surya.

“Kita dapati, Toyota Alphard membawa 40 guni mengandungi 1,080 karton rokok dan Nissan Serena pula memuatkan 40 guni iaitu sebanyak 3,200 karton rokok gudang garam berkenaan,” katanya.

Menurut Azman, semua suspek ditahan dan berusia 23 hingga 56 tahun dan direman selama emapt hari sehingga esok bagi membantu siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2015 @ 4:53 PM