Koleksi baru dengan rekaan terkini untuk kepuasan pelanggan dengan harga mampu milik.
Koleksi baru dengan rekaan terkini untuk kepuasan pelanggan dengan harga mampu milik.
Koleksi baru dengan rekaan terkini untuk kepuasan pelanggan dengan harga mampu milik.
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

Wanita dan barang kemas sememangnya tidak dapat dipisahkan malah boleh dikatakan setiap wanita sekurang-kurangnya pasti ada satu barang kemas terhias indah pada anggota badan mereka.

Sempena Syawal yang bakal tiba ini, pasti ramai wanita tercari-cari barang kemas dengan reka bentuk menarik untuk dipakai pada hari lebaran nanti.

Bagi yang masih keliru dan tercari cari lokasi sesuai untuk membeli barang kemas, jangan lepaskan peluang berkunjung ke Wah Chan yang menawarkan rekaan emas dengan harga menarik.

Sebut sahaja Kumpulan Wah Chan yang ditubuhkan pada 1955, pasti anda mengetahui keunggulan mutu kerja yang tiada bandingan.

Kali ini Wah Chan menampilkan jualan Gemilang Raya dengan pelbagai promosi hebat antaranya diskaun antara RM6 hingga RM15 setiap satu gram emas bergantung pada rekaan dan jenis emas.

Selain itu, bagi pembelian permata dan berlian pula pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga 60 peratus dan tambahan diskaun sebanyak 20 peratus.

Menurut Pengurus Pemasaran Wah Chan Nicholas Tan, bagi pengumpul rekaan charm emas 916 yang dikeluarkan Wah Chan juga boleh mendapatkan charm terpilih pada harga RM99 setiap satu berbanding harga asal RM120.

“Setiap kali menjelang Aidilfitri, kami memperkenalkan koleksi baru dengan rekaan terkini untuk kepuasan pelanggan dengan harga yang mampu dimiliki.

“Koleksi gelang dan rantai diimport dari Itali, menjadikan rekaannya tampak unik. Kerja tangan yang halus, rekaan dan potongan tersendiri membuatkan sesiapa saja yang menggayakannya tampak berbeza daripada hari biasa.

“Kualiti menjadi keutamaan syarikat. Barang kemas kami adalah rekaan eksklusif yang tidak dapat ditemui di kedai lain. Malah, dengan rangkaian kedai kita di seluruh negara pelanggan akan mendapat perkhidmatan selepas jualan di mana saja,” katanya.

Tan berkata, pelanggan boleh mendapatkan koleksi barang kemas Wah Chan di 52 rangkaian kedai Wah Chan seluruh negara.

“Cantuman emas kuning dan putih dalam kebanyakan perhiasan Wah Chan mewujudkan kontras menakjubkan yang me­nyerlahkan gaya reka bentuk masing-masing,” katanya.

Selain itu, koleksi gelang dan rantai berkenaan juga tampak lebih berkilau berbanding barang kemas yang dihasilkan di negara ini.

Selain daripada promosi yang hebat, pelanggan Wah Chan juga berpeluang untuk memenangi sebuah televisyen melalui cabutan bertuah yang dijalankan bermula 18 Jun lalu dan tamat pada 26 Julai ini.

Sebanyak 100 televisyen menanti pelanggan bertuah yang layak menyertai cabutan dengan setiap pembelian minimum RM500 di 43 daripada 52 cawangan Wah Chan yang mengambil bahagian di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Julai 2015 @ 5:05 AM