MANGSA maut dipanah petir, manakala ibunya parah. FOTO Azlan Hafeedz
Oleh Azlan Hafeedz


Pasir Puteh: Pemuda maut manakala ibunya parah selepas dipanah petir ketika sedang menjual kuih tradisional akok di Air Tawar, Semerak, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira 6.30 petang ketika hujan lebat dan angin kencang.

Difahamkan ketika itu, kedua beranak berkenaan hanya berteduh di gerai mereka yang berada di tepi jalan sebelum tiba-tiba gerai mereka dipanah petir.

Muhammad Abdul Aziz Ibrahim, 26, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala ibunya berusia 50-an dihantar ke Hospital Tengku Anis (HTA), di sini sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Mayat mangsa dihantar ke HTA untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Abd Rozak Muhammad ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2015 @ 11:28 PM