SUSPEK ditahan kerana melarikan motosikal warga emas. Gambar kecil, motosikal mangsa
Oleh Zatul Iffah Zolkiply

Marang: Cubaan seorang lelaki mencuri sebuah motosikal Honda EX5 milik seorang jemaah yang menunaikan solat Subuh tidak berhasil apabila perbuatannya disedari sebelum dicekup dalam kejadian di Kampung Kuala Tengah, Merchang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi itu, suspek berusia 22 tahun dari Kampung Seberang Marang, di sini, cedera ringan selepas terjatuh dari motosikal yang cuba dicurinya ketika dikejar jemaah surau.

Pemangku Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, sebelum kejadian, mangsa berusia 64 tahun meletakkan motosikalnya di kawasan surau kira-kira jam 5.40 pagi untuk menunaikan solat Subuh.

Menurutnya, kehilangan itu hanya disedari jemaah surau yang ketika itu selesai menunaikan solat apabila terdengar bunyi enjin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2015 @ 7:34 AM
Skip this ad x