Fazley selamatkan rumah tangga hampir 100 pasangan. FOTO Amiruddin Sahib
Fazley selamatkan rumah tangga hampir 100 pasangan. FOTO Amiruddin Sahib
Oleh Michelle Gun


Kuala Lumpur: Penyanyi, pakar motivasi dan selebriti MasterChef Malaysia, Datuk Dr Mohd Fazley Yaakob, 38, mendedahkan pernah menyelamatkan rumah tangga hampir 100 pasangan daripada bercerai sepanjang 15 tahun menjadi pakar motivasi.

Fazley berkata, selain masalah kewangan, banyak masalah rumah tangga diterimanya berpunca daripada media sosial.

"Ada yang meminta cerai gara-gara pasangan tidak membalas mesej di aplikasi WhatsApp.

"Kini, teknologi menjadi antara punca suami isteri bergaduh sehingga mahu bercerai," katanya di Majlis Pelancaran album Aidilfitri baru berjudul Ku Mohon Maaf Sayang, malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2015 @ 4:01 PM