Oleh Hairulazim Mahmud


Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini menunaikan zakat fitrah di Masjid Negara, di sini.

Bayaran zakat itu diserahkan kepada amil Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mohd Rusdi Abd Salim.

Perdana Menteri yang berbaju Melayu merah hati dan berkain pelikat kemudian menyertai majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, 4 April lalu.

Jamaluddin, yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) bersama lima lagi dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur dengan menaiki helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB), sebelum pesawat itu terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2015 @ 8:20 PM