FAIZUL cipta stail tersendiri, Firman keluarkan karya baru dalam tempoh singkat.
FAIZUL cipta stail tersendiri, Firman keluarkan karya baru dalam tempoh singkat.
Oleh Michelle Gun

Kejadian gempa bumi di Sabah sehingga menyebabkan 18 terkorban ketika berada di puncak Gunung Kinabalu pada 5 Jun lalu meninggalkan kesan besar terhadap masyarakat negeri itu.

Sebagai anak kelahiran Sabah, penyanyi Faizul Sani turut terkesan dengan tragedi yang menjejaskan beberapa kawasan di negeri itu.

Walaupun keluarganya di Kota Kinabalu tidak terjejas, perasaan simpati terhadap mangsa gempa bumi menggerakkan hati penyanyi itu untuk mencipta lagu khas yang berjudul Siapalah Kita.

Menurut Faizul atau nama sebenarnya Mohd Faizul Sani, lagu itu dipersembahkan pada konsert amal Remembering Our Heros of Mount Kinabalu yang berlangsung di Dewan Kebudayaan Penampang, Sabah pada 19 Jun lalu.

“Pada konsert itu, saya memberitahu penonton lagu itu hanya dinyanyikan sekali sahaja kerana bimbang keluarga mangsa tersinggung.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2015 @ 5:02 AM