SETAWA mencium pipi anaknya.
Oleh Nazdy Harun

Kuala Berang: “Saya sudah tebal muka setiap bulan meminjam duit dengan saudara mara dan jiran, tetapi ia terpaksa juga dilakukan,” kata Nurul Hassanah Shamsuddin, 22, dari Taman Hidayah, Kampung Machang, di sini.

Nurul Hassanah yang tidak bekerja kini menjaga ibunya, Setawa Mat, 52, yang cacat penglihatan, abangnya, Abdul Fattah Shamsuddin, 28, yang bisu dan cacat pendengaran serta bayinya, Muhamad Farish Haikal Mohd Faizal Husyairie, 15 bulan.

Menurutnya, meskipun setiap bulan mereka mendapat bantuan RM450 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tetapi ia tidak mencukupi kerana belanja bulanan mencecah RM1,200 sebulan.

“Ibu buta kedua-dua belah mata sejak 1995 akibat sering terdedah dengan habuk kayu kerana bekerja di kilang kayu berhampiran rumah manakala abang cacat sejak dilahirkan apabila anak tekaknya difahamkan pendek dan tidak mampu bercakap selain tidak boleh mendengar seperti insan lain.

“Saya pula selepas berpisah dengan suami tinggal bersama ibu dan abang. Bapa saya, Shamsuddin Mamat meninggal dunia sejak lima tahun lalu kerana penyakit angin ahmar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 5:39 AM