Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Purata kematian akibat kemalangan jalan raya menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu dengan 24 kematian dicatatkan pada Op Selamat 7/2015 .

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, angka itu menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding tahun lalu.

"Ini adalah berita dukacita. Sehingga hari ini iaitu hari keempat Op Selamat, 95 kematian dicatatkan.

"Tempoh yang sama tahun lalu hanya mencatatkan 69 kematian akibat kemalangan jalan raya,"katanya pada sidang media selepas majlis pemakaian pangkat pegawai kanan polis di Bukit Aman , hari ini.

Khalid berkata, pihaknya akan mempertingkatkan penguat kuasaan di tempat yang sering berlaku kemalangan maut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2015 @ 10:38 AM