Hamburg: Seorang ejen insurans yang memotong ibu jari dan jari telunjuknya untuk menuntut pampasan sebanyak £1.2 juta (RM6.37 juta) semalam didapati bersalah atas tuduhan menipu.

Mahkamah di Nordersted, Hamburg menjatuhkan hukuman 22 tahun penjara tertunda ke atas Ralf-Werner Dehmer, 50, selepas mendengar keterangan pakar bahawa apa yang berlaku padanya bukan kemalangan.

Hakim diberitahu bahawa Dehmer membeli tiga polisi insurans berasingan - setiap satu dengan klausa khas meliputi kecederaan tangan dan jari - sejurus sebelum ‘kemalangan’ itu pada Februari 2010.

Dia dikejarkan ke hospital tanpa ibu jari dan jari telunjuk tangan kirinya.

Dalam laporannya Dehmer berkata, dia terjatuh dan jarinya terkena gergaji bulat. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 November 2014 @ 5:16 AM