ANGGOTA bomba ketika membuat kerja menyelamat mangsa. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba ketika membuat kerja menyelamat mangsa. FOTO ihsan bomba
Oleh Mary Victoria Dass


Kluang:Seorang anggota polis bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi yang mengalami serangan jantung ketika memandu kereta meninggal dunia di persimpangan hadapan Balai Bomba dan Penyelamat Kluang di sini, 11 malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, mangsa berpangkat koperal, Salim Sidik, 54, yang berseorangan diri menghentikan kereta di persimpangan berkenaan akibat serangan jantung.

Beliau berkata, orang ramai memaklumkan keadaan mangsa kepada anggota Bomba dan Penyelamat yang bertugas di balai berhampiran sebelum mangsa cuba diselamatkan dengan bantuan pernafasan pemulihan kardiopulmonari (CPR).

Menurutnya, bagaimana pun mangsa meninggal dunia di lokasi berkenaan.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kluang.

"Keluarga mangsa juga dihubungi dan dimaklum berkaitan kejadian menimpanya itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Julai 2015 @ 12:38 AM