X
KEADAAN kenderaan mangsa yang terperosok dalam longkang selepas merempuh tiang papan tanda. FOTO ihsan Bomba
KEADAAN kenderaan mangsa yang terperosok dalam longkang selepas merempuh tiang papan tanda. FOTO ihsan Bomba
Oleh Muhammad Apendy Issahak

 

Ipoh: Doktor berusia 31 tahun maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 271.2 lebuh raya PLUS arah utara sebelum susur keluar Gunung Lang, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1.25 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Dr R Karthigan dan beralamat di Cameron Highlands, Pahang meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi doktor berusia 34 tahun yang duduk di bahagian penumpang hadapan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, siasatan awal mendapati mangsa memandu kenderaan dikatakan dalam perjalan menuju ke utara bersama seorang lagi doktor dan sebaik tiba di lokasi kejadian kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan serta tiang papan tanda.

"Apabila sampai di tempat kejadian kenderaan mangsa hilang kawalan dan terbabas terlanggar besi penghadang tepi jalan serta merempuh tiang besi papan tanda.

"Susulan itu, kenderaan mangsa masuk dalam longkang tepi jalan mengakibatkan pemandu kenderaan berkenaan tersepit sebelum dikeluarkan pihak bomba. Namun mangsa yang parah di kepala maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, penumpang bahagian hadapan kenderaan bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Julai 2015 @ 12:13 PM