London: Liverpool bersetuju dengan nilai perpindahan £32.5 juta (RM192.9 juta) untuk mendapatkan penyerang Aston Villa Christian Benteke (gambar), lapor media British semalam.

Pemain antarabangsa Belgium berusia 24 tahun itu akan menjalani ujian perubatan esok dan dijangka akan menyertai pasukan barunya untuk jelajah Australia.

Doktor kelab Liverpool akan meninggalkan Jelajah Australia untuk terbang semula ke Britain bagi menguruskan perkara itu.

Sejak menyertai Aston Villa dari Genk pada 2012, Benteke sudah menjaringkan 49 gol dan 101 penampilan.

Dia membantu pasukan mengelak dari penyingkiran pada musim lalu.

Liverpool melakukan bidaan untuk Benteke selepas menjual Raheem Sterling ke Manchester City dengan rekod pembelian sebanyak £49 juta (RM290.9 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2015 @ 7:23 AM