MENJALANI slot keinsafan sebagai simbolik kekuatan diri.
MEMOHON doa agar diberi ketenangan.
PESERTA bersama tetamu kehormat.

Program Permata Indah di Kolej Komuniti Gerik Perak (KKGP), baru-baru ini menjadi usaha kolej memberi pendedahan cara percintaan sebenar kepada generasi muda.

Program tiga hari dua malam dengan kerjasama Maahad Tahfiz dan Kemukjizatan Al-Quran, Pondok Air Jernih, Gerik bertempat di Kem Keda Kemangi, Baling, Kedah itu itu disertai 80 pelajar kolej itu.

Antara aktiviti dianjurkan termasuk perkongsian maklumat bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2015 @ 8:37 AM