U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) memperluaskan akses kepada perniagaan prabayar dengan mengumumkan kerjasama de-ngan syarikat Bison Stores Sdn Bhd bagi memboleh-kan pek permulaan serta tambah nilai diperolehi di kedai runcit milik mereka.

Sehingga Bison Stores memiliki 196 rangkaian kedai runcit di seluruh Malaysia seperti myNEWS.com, Newsplus, Magbit dan The Front Page.

Ketua Pegawai Jualan U Mobile, Alex Tan, berkata langkah terbabit menjadikan pengguna kini berupaya menambah nilai serta membeli pek permulaan di lebih 22,200 kedai di seluruh negara.

"Kedai runcit milik Bison Stores ini sangat mudah ditemui kerana ia terletak di kawasan tumpuan ramai seperti kompleks membeli-belah, stesen bas, stesen LRT dan di tepi jalan utama bandar seluruh Malaysia," katanya.

Langkah ini sejajar de-ngan kempen U Mobile yang terus agresif mempromosi dan meluaskan lagi capaian produk mereka selepas mengadakan projek 'Vision 2 Million' yang mensasarkan dua juta pelanggan baru sebelum tahun 2015.

Syarikat itu juga berhasrat menambah 2,000 lagi menara pemancar pada 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 5:00 AM