PERANTI terbaru Samsung.
PERANTI terbaru Samsung.

Kuala Lumpur: Samsung memperkenalkan peranti terbarunya, Samsung Gear VR Innovator Edition For S6 yang direka untuk mempertingkatkan pengalaman visual pengguna.

Naib Presiden Peranti Mudah Alih, IT dan Pengimejan Digital, Samsung Malaysia Electronics, Lee Jui Siang berkata, produk berkenaan direka untuk pengguna Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge.

“Inovasi adalah keutamaan Samsung dan kami berbangga memperkenalkan peranti terbaru ini.

“Ia berupaya membawa imaginasi ke dalam dunia realiti,” katanya selepas majlis pelancaran produk itu di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, kandungan Gear VR boleh dimuat turut dengan mudah melalui Oculus Store dan setakat ini, pelbagai permainan dan aplikasi yang sesuai dengan fungsi Gear VR.

“Selain permainan, pengguna dapat menikmati resolusi tinggi bagi filem, program televisyen atau perkhidmatan video dan gambar.

“Dengan paparan 5.1 inci Super AMOLED dan sudut pandangan 96 darjah, ia memberikan pandangan yang berbeza dengan tempoh penggunaan lebih panjang,” katanya.

Menurutnya, sebagai permulaan, pihaknya menawarkan produk berkenaan di Samsung Experience Store terpilih dan akan ditawarkan di seluruh Malaysia dalam masa terdekat.

Ia dijual pada harga RM799 termasuk enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2015 @ 6:09 AM