Oleh Siti Zarinah Sahib

Sebagai mengimbas kembali kenangan zaman kanak-kanak sambil menikmati produk susu, Magnolia Milk Mooves Malaysia mengadakan kempen di seluruh negara bagi memberi kesedaran mengenai pentingnya minum susu dengan pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan.

Kempen anjuran Magnolia F&N diadakan selama tiga minggu bersempena Hari Susu Sedunia mendapat sambutan luar biasa di lebih 40 pusat beli-belah dan gedung runcit di seluruh negara. Ternyata aktiviti ini menarik kunjungan keluarga untuk meraikan dan mengiktiraf kebaikan susu sebagai sumber khasiat pemakanan dan tumbesaran penting yang boleh dipercayai.

Menurut Ketua Susu RTD F&N Dairies (Malaysia) Sdn Bhd, Van Toh Peng, tiada yang lebih istimewa daripada saat minum susu bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti sekali gus mengikat kasih sayang antara satu sama lain.

“Sejak zaman kanak-kanak seterusnya bergelar ibu bapa, susu membekalkan khasiat pemakanan dan menjadikan individu lebih cergas. Kita perlu jadikan susu sebagai sebahagian daripada pemakanan harian. Susu menjadi sumber nutrien untuk meningkatkan kesihatan dan memberikan manfaat jangka panjang sekali gus membantu membangunkan keupayaan fizikal dan mental sepenuhnya.

“Menerusi inisiatif kesedaran ini, kami berharap dapat berkongsi nilai dan kepentingan ikatan kekeluargaan serta kebaikan semula jadi susu sebagai nikmat hidup tanpa batasan usia,” tambahnya.

Menerusi kempen ini Magnolia Milk Mooves Malaysia berhasrat untuk mendekati, menghiburkan, mendidik dan memanfaatkan pengguna dalam usaha mengeratkan hubungan dengan jenama berkenaan menerusi aktiviti yang menarik dan menyeronokkan.

Ibu bapa dan anak turut gembira kerana dapat mengambil bahagian dalam aktiviti kreatif Milk Mooves Journey termasuk berasaskan pengalaman dan pembabitan yang memberi tumpuan terhadap unsur permainan, pembelajaran dan motivasi di bawah tunjuk ajar kakitangan Magnolia.

“Aktiviti Kotak Makanan Magnolia adalah permainan kegemaran saya kerana ia mengajar saya mengenai makanan berkhasiat dan bagaimana membuat pilihan makanan sihat,” kata Lieu Ying Xin, 11, dari Ampang.

Ahana Roy, 37, pula lega melihat si manja, Anishka Roy, yang cerewet dalam hal makanan, tetapi minum Susu Coklat Kalsium Tinggi di pameran bergerak ini.

“Anak perempuan saya mengalami masalah makan dan dia makan hanya sedikit sepanjang hari. Saya sentiasa bimbang jika dia kekurangan khasiat makanan yang penting untuk kesihatan dan tumbesaran pada usianya sekarang.

“Saya minum susu setiap hari kerana tahu susu memberikan nutrien penting untuk tumbesaran pada semua peringkat usia dan sebab itulah saya benar-benar gembira kerana si manja saya suka susu coklat. Sekarang kami boleh minum susu sambil menikmati detik istimewa bersama,” kata Ahana yang juga pemenang di peraduan mini ini.

Selain meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai manfaat minum susu secara kerap dan juga menarik pembabitan dalam aktiviti fizikal yang menyeronokkan, kempen ini juga bertujuan memberikan sumbangan bermakna dengan menggalakkan pelanggan memilih buku untuk diderma kepada Yayasan Kemanusiaan Kassim Chin (KCHF) melalui pembelian produk Magnolia.

Di samping memilih buku untuk disumbang, peserta juga digalakkan menulis mesej motivasi kepada rakan sebaya mereka di KCHF. Kira-kira 400 buku yang dikutip menerusi kempen dan F&N Dairies (Malaysia) Sdn Bhd akan disampaikan kepada KCHF bagi membolehkan kanak-kanak yang memerlukan buku baru dan memberi dorongan positif kepada mereka.

“Ini adalah satu usaha yang amat bermakna. Ia mengingatkan kita agar bersyukur dengan segala yang dikurniakan dan mengajar untuk menghargai apa yang kita ada serta tidak lalai dengan kemewahan,” kata Tan Ann Nie, 35, yang membawa anak perempuannya Lee Le Xuan, 11.

F&N Magnolia dijual di semua pasaraya, pasaraya besar dan gedung runcit yang turut serta. Kunjungi www.fndairies.com/product-mag.html untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian lengkap kebaikan susu berkhasiat daripada F&N Magnolia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2015 @ 9:31 AM