RAKAMAN video menunjukkan Opropeza berusaha menyelamatkan kanak-kanak yang ditinggalkan dalam kereta. FOTO DM/Facebopok/KaRamel KRissty

Kansas (Amerika Syarikat): Seorang wanita menjadi wira selepas menyelamatkan kanak-kanak yang nyaris maut ditinggalkan di dalam kereta ketika suhu setinggi 37.8 darjah Celsius di Merium, di sini, Sabtu lalu.

Pengurus kedai Famous Footwear, Sarah Oropeza, yang juga ibu kepada dua anak, berlari keluar dari tempat kerjanya selepas rakannya yang menemui kanak-kanak berusia dua tahun itu menjerit meminta tolong.

Cubaan Oropeza dengan bantuan orang lain untuk memecah cermin kereta menggunakan pemutar skru dan pembuka tayar pada mulanya tidak berjaya.

Namun, akhirnya cermin kereta mula retak sebelum pecah apabila wanita lain membaling penyangkut treler.



Kanak-kanak yang dibawa keluar basah kuyup dengan peluh menyebabkan Oropeza mula menangis.

Mangsa diberi rawatan sebelum dibawa pulang oleh ibu pembaptisannya.

Sementara itu, pasangan dipercayai bapa saudara dan ibu saudara kanak-kanak itu didapati mencarinya dan didakwa polis atas tuduhan membahayakan kanak-kanak.

Mereka dikatakan berada di dalam kedai telefon bimbit ketika kejadian tersebut.

"Mereka langsung tidak menunjukkan sebarang emosi dan hanya ingin tahu jika syarikat insurans akan membayar ganti rugi ke atas tingkap yang dipecahkan itu," kata Oropeza. - DM

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2015 @ 10:15 PM