Dua gajah denak digunakan untuk membantu operasi memindahkan gajah liar berusia 13 tahun. FOTO Shamsudin Husin
Oleh Shamsudin Husin

Setiu: Gajah liar jantan berusia 13 tahun dipindahkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu dalam satu operasi di Kampung Hulu Seladang, di sini, pada 8 pagi tadi.

Pengarah PERHILITAN Terengganu Yusoff Shariff berkata, operasi itu membabitkan seramai 10 kakitangan PERHILITAN Terengganu dibantu tujuh kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan.

Menurutnya, dua ekor gajah denak gajah, masing-masing seekor dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Sungai Deka, Hulu Terengganu dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang digunakan untuk membantu operasi.

"Gajah seberat dua tan itu ditangkap pada 14 Julai lalu berikutan aduan dibuat penduduk kampung mengenai haiwan berkenaan yang masuk ke kawasan kampung.

"Gajah liar itu dipindahkan dan dilepaskan di Sungai Ketiar, dekat sini, iaitu kawasan sempadan Taman Negara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Julai 2015 @ 2:44 PM