BUNGA kantan atau nama saintifiknya etlingera eliator.
SERAI wangi zat geraniol dan sitronelal yang tidak digemari nyamuk.
MARIGOLD berasal dari Mexico dan Guatemala.
BUNGA lavender.

Tetamu Aidilfitri yang diraikan dalam latar taman seharusnya berada dalam keadaan selesa sepanjang masa.

Jika kurang mementingkan persekitaran yang bersih dan tanaman tidak terjaga, ia mengundang pembiakan nyamuk.

Justeru, dapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai tanaman yang berperanan sebagai penghalau nyamuk.

Kehadiran tanaman ini bukan sekadar menambahkan seri taman, malah menghindari pembiakan nyamuk.

Antara taman yang mempunyai peranan sedemikian ialah:

1) Pudina

Tanaman ini tampil dengan daun yang menghijau dan tidak digemari nyamuk. Penghasilan pati minyak menggunakan daun pudina juga banyakmembantu. Caranya de­ngan mengisar pudina bersama minyak masak dan sedikit air.

2) Bunga lavender

Tanaman ini turut dikenali sebagai bunga tiga bulan dan dikatakan berasal dari pergunungan Alps, Switzerland.

Nyamuk tidak menyukai tanaman ini terutama aroma bunganya. Lavender mempunyai zat linalool dan lynalyl acetate.

Kedua-dua zat ini boleh diperoleh dari proses penyulingan selain menjadi bahan anti nyamuk.

Bagaimanapun, anda tidak perlu membuat penyulingan lavender. Cukup sekadar menanam bunga itu sebanyak penyeri landskap kediaman anda.

3) Bunga rosemary atau selasih (ocimum)

Bunga selasih antara tumbuhan yang boleh dimanfaatkan daun, bunga dan bijinya sebagai rempah serta penyegar.

Pelbagai bahagian tumbuhan ini mempunyai bau, perisa termasuk manis dan bergantung kepada jenisnya. Ada di antaranya boleh menyebabkan mabuk.

Sering digunakan untuk mengusir nyamuk. Beberapa jenis selasih termasuk kemangi dikatakan berasal dari Asia Tenggara.

Namun sebahagian besar dianggap berasal dari Benua India.

4) Citrosa mosquito

Tanaman ini turut dianggap musuh nyamuk dan memerlukan cahaya matahari yang banyak. Ia tergolong dalam famili geranium (lemon-geranium). Penjagaannya mudah dan tidak memerlukan perhatian khusus.

Biasanya apabila disentuh tanaman ini mengeluarkan bau limau yang amat kuat dan boleh mengusir serangga.

5) Marigold (bunga tahi ayam)

Tanaman ini berasal dari Mexico dan Guatemala. Terdapat dua jenis Marigold iaitu tagetes erecta (African marigold) dan tagetes patula (dwarf French marigold). Sering dilihat menyerikan taman atau landskap kerana warnanya yang menyerlah.

6) Bunga kantan

Nama saitinfiknya ialah etlingera eliator dan antara tanaman yang digunakan dalam masakan.

7) Serai wangi

Serai terkenal sebagai pelengkap dalam masakan.

Mempunyai zat geraniol dan sitronelal yang tidak digemari nyamuk.

Estrak serai juga banyak diguankan dalam pembuatan losen penghalau nyamuk dengan aroma khas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Julai 2015 @ 12:00 AM