Beijing: Seorang lelaki yang cuba memulakan kebakaran di atas sebuah pesawat penerbangan China menggunakan minyak tanah dan pemetik api, berjaya dihalang penumpang lain serta anak kapal.

Stesen televisyen CCTV melaporkan kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi tadi di atas pesawat Shenzhen Airlines dari Taizhou ke Guangzhou membawa 85 penumpang.

Kejadian itu menyebabkan juruterbang membuat panggilan kecemasan dan pesawat berkenaan diarah ke lapangan terbang di Guangzhou. Sebaik mendarat semua penumpang serta sembilan anak kapal keluar dari pesawat menggunakan tangga lungsur.

Laporan itu menyatakan dua cedera manakala lelaki berkenaan diserahkan kepada pihak berkuasa. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2015 @ 12:09 PM