Oleh Junaidi Ladjana

Kota Kinabalu: Satu gegaran berlaku dengan kekuatan 4.3 pada skala ritcher dilaporkan pada jam 12.10 tengah malam tadi yang berpusat 8 kilometer dari Ranau sabah.

Difahamkan, gegaran itu turut dirasai di kawasan Ranau, Kundasang, Kota Belud, Kota Kinabalu dan Tambunan namun sehingga kini tiada sebarang kejadian tidak diingin berlaku.

Salah seorang penduduk di Kampung Mesilau Ranau Nursalam, 32, berkata, gegaran itu berlaku dalam beberapa saat namun tiada apa yang berlaku.

"Beberapa penduduk yang terkejut dengan kejadian itu keluar daripada rumah untuk melihat apa yang berlaku namun tiada apa-apa kejadian yang tidak diingin berlaku.

"Kami juga terdengar bunyi dentuman kuat dari Gunung Kinabalu, tetapi keadaan tenang dan tiada apa yang berlaku," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Difahamkan sebanyak 106 gegaran susulan direkodkan Jabatan Meteorologi setakat malam tadi, susulan gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter yang berpusat di Ranau pada pagi 5 Jun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2015 @ 1:16 AM