SEMBURAN serangga ada butang automatik kawal masa, hanya pasang pada soket.

Gangguan nyamuk bukan saja merimaskan, malah kini menjadi ancaman besar khususnya ketika catatan demam denggi terus meningkat. Pelbagai langkah diambil untuk menghalau nyamuk termasuk membersihkan kawasan rumah setiap minggu selain penggunaan racun semburan serangga.

Namun, ramai yang berat hati menggunakan racun semburan serangga. Namun kini, dengan adanya Ridsect Advance Heater, anda boleh menghalau nyamuk dengan ‘bergaya’, cekap dan berkesan.

Ia mempunyai butang on/off automatik dengan kawalan masa yang dapat menjauhkan nyamuk dari persekitaran rumah. Direka untuk memberi perlindungan yang menyenangkan, penggunaannya juga sangat mudah. Apa yang perlu dilakukan hanyalah memasang alat ini pada soket, petik suisnya dan biarkan ia ‘bekerja’.

Ridsect Advanced Heater adalah Alat Pemanas Cecair yang boleh dibuka dan ditutup secara automatik supaya anda tidak perlu sentiasa mengingat­kan untuk membukanya setiap malam. Ia disertakan dengan penentu masa yang boleh diprogram­kan untuk fungsi buka/tutup automatik.

Menurut Pengarah Kanan Pengurus Besar Malay Cluster SC Johnson & Son Asia Pacific Sdn Bhd Cristina Ronski, syarikat itu sentiasa mencari idea baru yang mempu­nyai nilai tambah untuk pengguna selari dengan gaya hidup masa kini.

“Dengan inovatif baru ini, saya percaya kita dapat mencapai matlamat ini khususnya dalam memberi perlindungan kepada keluarga secara automatik dan membolehkan pengguna berasa tenang khususnya dengan peningkatan kes denggi seperti yang berlaku sekarang. Produk pintar ini diilhamkan oleh ibu untuk ibu,” katanya.

Pemanas pintar ini dilengkapi dengan tiga mod tahap kawalan rendah, sederhana, tinggi untuk memberi tahap perlindungan yang sewajarnya kepada pengguna.

Mod rendah (Mod permulaan cepat): Menghalau nyamuk dengan cepat dan kembali ke penetapan rendah secara automatik.

Mod sederhana (Mod bijak/pintar): Menyesuaikan mod sepanjang malam untuk memberikan tahap perlindungan yang berlainan kepada pengguna, bermula dengan perlindungan lebih tinggi pada awal malam dan tahap sederhana untuk beberapa jam seterusnya. Kemudian, alat ini dilaraskan ke tahap rendah untuk memberikan perlindungan kekal secara berterusan.

Mod tinggi: Kekal pada ‘penetapan tinggi’ untuk menangani masalah nyamuk yang sengit, supaya tidur malam anda dan keluarga tersayang tidak diganggu oleh si kecil pembawa denggi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2015 @ 5:01 AM