Oleh Siti Fatimah Hassan

Kuala Lumpur: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal enggan mengulas spekulasi penggugurannya dalam kabinet yang dijangka diumumkan petang ini.

Shafie yang juga Naib Presiden UMNO sebaliknya berkata beliau mahu menunggu pengumuman sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Tunggu dulu, kita tunggu apabila rombakan diumumkan" katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Felcra, di sini,petang tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Julai 2015 @ 1:26 PM