POKOK tumbang selepas dipukul angin kencang di tanah rancangan FELDA Gedangsa.
Oleh Fuad Hadinata Yaacob dan Amrullah Abdul Karim

Kuala Kubu Bharu: Tempoh kira-kira dua minit pusaran angin yang muncul secara tiba-tiba selepas hujan lebat hampir setengah jam petang kelmarin di FELDA Gedangsa dekat sini menerbangkan puluhan bumbung rumah selain menyebabkan pokok tumbang.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, sebanyak 75 rumah mengalami kerosakan selepas dipukul ribut dan angin kencang menyebabkan bumbung rumah tercabut diterbangkan angin.

Selain itu, beberapa rumah mengalami kerosakan selepas dihempap pokok tumbang selain tempat letak kereta turut ranap dipukul ribut.

Kejadian itu membabitkan sembilan kampung di dalam FELDA Gedangsa iaitu Kampung Keliling, Bukit, Bahagia, Rahmat, Tengah, Sri Aman, Sentosa, Seberang dan Kampung 15.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Gedangsa, Zainuddin Ibrahim, 53, berkata, penduduk mendakwa ternampak pusaran angin seperti puting beliung yang datang secara tiba-tiba selepas hujan lebat kira-kira setengah jam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 7:47 AM