Oleh Mohd Husni Mohd Noor


Sepang: Pembukaan gedung jualan premium Mitsui Outlet Park (MOP) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mampu memperkukuhkan Malaysia sebagai satu daripada destinasi membeli belah utama di rantau ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, pembangunan MOP ini juga mampu menyumbang kepada peningkatan daya saing Malaysia di peringkat global.

"Pembukaan MOP di Sepang juga tepat pada masa memandangkan kawasan persekitarannya yang sedang rancak membangun sejak beberapa tahun kebelakangan ini selain berdekatan dengan Nilai dan Seremban.

"Pembukaannya juga selari dengan pembangunan pesat kawasan ini sekaligus membantu memenuhi keperluan penduduk sekitar," katanya ketika berucap pada majlis pembukaan rasmi MOP di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 6:13 PM