Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Subang Jaya: Seorang lelaki berusia 33 tahun yang dipercayai membunuh isterinya diberkas polis di sebuah premis di Persiaran Bekor, Buntong, Ipoh, Perak, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek yang berjaya ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor itu selepas tiga hari gerakan mengesan lelaki itu dijalankan.

Beliau berkata, berikutan penangkapan suspek itu polis percaya kes bunuh terbabit berjaya diselesaikan.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam Sabtu lalu, mangsa L Kanaga, 25, ditemui mati dengan kesan kecederaan parah di kepala dan badan di rumahnya di Taman Puchong Utama, di sini.

Yahaya berkata, kes disiasat mengikut Sekyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 12:57 PM