Oleh Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Polis Kelantan berjaya merampas 20 botol dadah jenis heroin bernilai RM40,000 dalam serbuan di Jalan Telipot di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu seorang pemandu teksi berusia 55 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan, Superintendan Mit Emong berkata, ketika kejadian suspek sedang memandu kereta jenis Proton Iswara.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian suspek ditahan dan pemeriksaan lanjut menemui dadah berkenaan di atas alas kaki bahagian pemandu kereta suspek.

"Siasatan awal mendapati dadah berkenaan diperoleh dari negara jiran untuk diedarkan di daerah ini.

"Suspek yang mempunyai rekod dadah ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 5:20 PM