Kuala Lumpur: Gabenor Bank Negara (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami serangan jantung seperti yang digembar-gemburkan media sosial.

“Beliau sihat dan baik-baik sahaja di pejabatnya,” kata Jabatan Perhubungan Korporat BNM, di sini, semalam.

Beliau berkata, Zeti bekerja seperti biasa dan tidak dimasukkan ke wad seperti didakwa.

Berdasarkan kalendar acara di laman sesawangnya, BNM bakal mengumumkan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua pada 13 Ogos ini. Taklimat prestasi biasanya dipengerusikan gabenor BNM.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Zeti tiada di pejabat pada pagi Isnin, tetapi datang bekerja pada sebelah petang.

Zeti menghadiri pelbagai mesyuarat dalaman BNM, sekali gus menafikan khabar angin bahawa beliau tidak sihat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2015 @ 6:38 AM