Kemalangan yang mengorbankan kerani bank. FOTO Mohd Hilmie Hussin
Oleh Mohd Hilmie Hussin

Alor Gajah: Kerani bank maut selepas motosikal ditunggang merempuh kereta yang terbabas ke laluan bertentangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Rembia, di sini, 8 malam tadi.

Mangsa, Adnan Jaalam, 50, yang bekerja di Cheng, dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Rembia Perkasa, di sini meninggal dunia di tempat kejadian.

Lelaki berusia 25 tahun yang memandu kereta itu hanya cedera dada, manakala penumpang wanita berusia 20 tahun cedera di tangan dan kaki.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan, manakala mayat Adnan dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2015 @ 2:10 PM