NADAL  bakal berdepan Fognini (kanan) pada aksi separuh akhir.
NADAL bakal berdepan Fognini (kanan) pada aksi separuh akhir.

Hamburg: Pilihan utama Rafael Nadal mara ke perlawanan akhir kejohanan gelanggang tanah liat Hamburg kelmarin dengan kemenangan selesa 6-1, 6-2 ke atas Andreas Seppi dari Itali pada separuh akhir.

Nadal, 29, akan bertemu seorang lagi pemain Itali, pemain ranking ke-32, Fabio Fognini yang menewaskan pemain muda Perancis, Lucas Pouille 6-2, 7-6 (7/2) pada satu lagi aksi separuh akhir.

Fognini, pilihan kelapan, amat dikenali pemain Sepanyol itu selepas menumpaskan Nadal dua kali musim ini di Rio de Janeiro dan Barcelona.

Bagi Nadal, ia final ke-96 kariernya dan ketiga di Hamburg, yang mana dia menang kali terakhir pada 2008 dengan menundukkan Roger Federer.

“Saya akan cuba bermain baik dan menikmati kemenangan hari ini,” kata Nadal, yang mengalami musim sukar pada 2015 apabila tewas kejuaraan Terbuka Perancis dan merudum ke ranking terburuk dalam tempoh sedekad.

“Perlawanan seperti hari ini membantu menguatkan keyakinan dan motivasi terhadap apa yang anda lakukan.” - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Ogos 2015 @ 10:38 AM