Antara kereta yang rosak rosak selepas batu, simen, kepingan besi dan cat bangunan yang masih dalam pembinaan jatuh berdekatan tempat letak kereta di Pasar Pulau Tikus. FOTO Zulaikha Zainuzman
Antara kereta yang rosak rosak selepas batu, simen, kepingan besi dan cat bangunan yang masih dalam pembinaan jatuh berdekatan tempat letak kereta di Pasar Pulau Tikus. FOTO Zulaikha Zainuzman
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin / 7.8.2015

Georgetown: Lima kereta rosak selepas batu, simen, kepingan besi dan cat pada bangunan yang masih dalam pembinaan jatuh berdekatan tempat letak kereta di Pasar Pulau Tikus, di sini jam 12 tengah hari tadi.

Kejadian itu dipercayai angkara kecuaian kontraktor yang tidak meletakkan kon atau tanda keselamatan bagi menghalang kenderaan diparkir di situ.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus Yap Soo Huey berkata, berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan pihak pemaju atau kontraktor pembinaan di situ seharusnya membuat halangan atau tanda bagi menghalang sebarang kenderaan diletakkan di situ bagi langkah keselamatan.

Beliau berkata, biarpun seluruh kawasan pembinaan ditutupi dengan jaring berwarna hijau namun batu kecil serta serpihak besi, cat, simen dan pasir jatuh ke bawah dan mengenai lima kereta yang diletakkan di kawasan berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2015 @ 3:28 PM