Oleh Wahi Aziz


Sejak mendirikan rumah tangga, pelakon Sharifah Sakinah, 26, kerap diasak persoalan mengenai cahaya mata.

Hakikatnya Sakinah dan suaminya, Aliff Adha, 27, tidak meletakkan zuriat sebagai agenda utama buat masa ini kerana mahu menikmati fasa bulan madu terlebih dulu.

"Saya dan Aliff berkawan sekejap saja sebelum mendirikan rumah tangga. Apabila hubungan sudah halal, kami mahu menikmati percintaan sepuas-puasnya.

"Soal anak, ada banyak faktor yang perlu ambil kira. Apatah lagi sehingga Disember depan saya sibuk dengan penggambaran.

"Suami pula baru naik pangkat, jadi biarlah kami kukuhkan dulu ekonomi," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2015 @ 5:30 AM